Search This Blog

Wednesday, August 20, 2008

MENGAPA YA?


Jika difikirkan,kebanyakan kereta bukanlah direka untuk melalui lubang-lubang besar dan pelbagai `rintangan`lain melainkan jika ianya sebuah kenderaan besar atau dari keluarga 4x4.keadaan jalanraya yang tidak menepati spesifikasi bukan sahaja membahayakan malah ianya juga memberikan kesan negatif pada kompenen kereta seperti suspensi malah juga tayar dan rim.tak hairanlah jika ramai juga yang kedengaran masih kesal dengan sikap pihak yang bertanggungjawab yang mengambil remeh akan perkara-perkara yang membabitkan nyawa para pengguna jalanraya yang membayar jalan ini.

Jika dilihat,kemalangan bukan semata-mata kerana pemandu yang memandu laju atau cuai walaupun ianya dilihat sebagai penyumbang dalam hal ini kerana ianya menggabungkan bebrapa faktor penyumbang lain dan antaranya membabitkan struktur pembinaan dan penyelenggaraan jalanraya itu sendiri.Bayangkan,pada kelajuan 110km/j,anda sebenarnya bergerak sekitar 30meter dalam masa sesaat dan bagi pemandu yang kurang berpengalaman,sebarang perubahan mendadak pada laluan yang dilalui boleh mengundang bencana.Keadaan permukaan jalan yang tidak rata juga membahayakan terutama sekali di waktu hujan kerana ianya bakal dipenuhi lopak air.Sebagai sesebuah negara yang berdepan dengan musim hujan pada kebanyakan masa maka faktor ini sememangnya patut diambil kira .kemudian ada juga faktor lain seperti

kerosakkan mekanikal yang dalam kebanyakan hal boleh dielakkan.itu belum lagi diperkatakan tentang struktur geografi,jenis tanah,tahap penglihatan dan sebagainya.

Lazimnya kedengaran pemandu yang terbabit dalam kemalangan meletakkan kesalahan ke atas sistem brek yang tidak berfungsi sepenuhnya.Namun keadaan ini boleh berubah sekiranya pemeriksaan kerap dilakukan dan penggunaan kompenen dan alat ganti adalah dari yang berkualiti.selain daripada itu ,pemahaman akan berfungsi dan keberkesanan pemberhentian mendadak juga dapat membantu kerana ianya di ketahui keberkesanan pemberhentian adalah berbeza-beza bergantung kepada permukaan jalanraya,keadaan tayar,kelajuan dan juga berat kenderaan itu sendiri.Sebuah kereta mungkin hanya memerlukan sekitar 30 meter untuk berhenti namun jarak ini mungkin berganda bagi kenderaan berat pada kelajuan yang sama.

Setelah memperkatakan semua ini boleh dirumuskan bahawa kemalangan adalah gabungan beberapa faktor dorongan dan cara yang paling baik adalah untuk mengurangkan faktor-faktor negatif yang melengkapkan sesuatu kemalangan .Dari pihak pemandu,pengalaman dan persediaan nyata membantu.Marilah kita bersama-sama menjadi pengguna jalanraya yang berpengetahuan.

Monday, August 18, 2008

Pendarjahan Jam

Ramai di kalangan anda yang pasti selalu mendengarkan kata-kata seperti “Timing adalah segalanya “.ianya memang benar apatah lagi apabila lagi berkaitan dengan penghasilan prestasi enjin.semuanya bergantung kepada perkiraan cam yang tepat tanpa mengambil kira sama ada enjin anda standard mahupun telah diiktiraf taraf.Penalaan perkiraan cam yang tidak sesuai atau tepat boleh ‘menghilangkan’kuasa kuda.

Bolehkah perkiraan cam berubah menjadi tidak sama sekata .walau pada kereta baru?jawapan nya adalah ya.ini berlaku kerana kompenen enjin dihasilkan dengan kemungkinan berlaku ketidak selarasan terutama sekali tatkala pemasangan .Walau ianya masih diterima dalam spesifikasi kejuruteraan namun setiap enjin mempunyai kemampuan penghasilan prestasi yang berbeza antara satu sama lain .oleh yang demikian ,anda mungkin memperoleh enjin yang lebih berkuasa atau sebaliknya .walaubagaimanapun sebab utama bagi pengkiraan cam yang tidak tepat adalah disebabkan oleh kerja-kerja baikpulih dan modifikasi yang dilakukan pada enjin sebagai contoh ,apabila bahagian kepala silinder melalui proses ‘overhaul’dimana kerja-kerja ‘skimming’ telah dilakukan ,pemasangan camshaft berprestasi tinggi atau menggunakan gasket dengan ketebalan berbeza.

Dengan adanya cam pulley boleh laras,kita kini boleh melakukan penalaan sempurna camshaft dengan lebih mudah dan berkesan.namun ianya masih memerlukan kemahiran .Oleh yang demekian ,ianya merupakan langkah bijak untu mendapatkan khidmat mereka yang mahir serta peralatan yang sesuai .melakukan sendiri tanpa bantuan operalatan betul adalah seperti ‘meneka dan kesilapan boleh mengakibatkan kerosakkan enjin.Perubahan pada kedudukan cam yang sedikit ‘pada pandangan mata kasar’sebenarnya mempunyai kesan besar hingga ke lima atau enam darjah .melakukan ‘retard atau advance ‘

Monday, August 11, 2008

Cara bebaskan Hutang!


Hari ini saya akan menolong anda untuk bebas dari hutang!
Oleh itu anda mempunyai duit lebih untuk menikmati hidup
yang lebih baik. Dan saya buatkan satu sistem yang boleh
anda ikut.
Biasanya sistem yang mudah adalah yang terbaik. Dan saya
rasa ianya termasuk cara melenyapkan hutang. Dalam masa
beberapa tahun saya telah mencipta pelbagai sistem, dan
saya akan memperkenalkan salah satu sistem saya yang
terbaik kepada anda ;)
Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah
berikut.. dan matlamat anda untuk bebas daripada hutang
pasti akan tercapai.
1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan.
Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa
yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata
bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja
rekod yang anda ada.
Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa
buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan
anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya,
anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya
telah mencubanya dan memang boleh dapat angin akhmar... hehe
2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan
mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.
3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa
masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak
pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas
kinikan rekod senarai hutang ini)
4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan
setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.
5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan
bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.
6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas
sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa
senaraikan semua hutang anda. Contohnya:
1)Hutang stereo RM2000
2)Hutang kad kredit RM5,000
3)Hutang kereta RM50,000
4)Hutang rumah RM100,000

7. Sekarang anda perlu 'MENYERANG' untuk membayar hutang
yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang
yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak
besar, contohnya kereta atau rumah.
8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima
hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000.
Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10%
daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!
9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang,
kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk
membayar hutang.
Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini.
Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang
perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu
makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti.
Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan
paling kurang RM200 sebulan.
10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang
No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum
ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis
hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada
hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang
kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama
habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan
hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke
senarai yang terakhir.
Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa
tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada
RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja
hutang pertama anda habis. gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan
hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan
biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung
semua beban hutang anda nanti.

Demi Kejayaan anda............

Tuesday, August 5, 2008



Selepas terjual unit 22 tahun yang lalu
proton meneruskan legasi mereka dengan memperkenalkan saga serba baru, yang mana rekaan keseluruhannya lebih menjurus kepada pendekatan yang lebih ringkas .saga serba baru yang diperkenalkan baru-baru ini di pasaran negara lebih menumpukan kepada lebih kepada fungsian ,praktikal dan keselesaaan selain dari rekabentuk yang menfokuskan ruang yang luas.
Dengan rekaan menarik saga baru ini muncul dengan gril dengan lubang hexagon,bentuk lampu utama yang dinamik ,gugusan lampu belakang kristal ,bentuk yang lebih sasa,ruang roda yang lebih luas serta bumper depan dan belakang yang direka kemas.
Seperti yang telah dinyatakn ,rekaan yang lebih luas adalah ciri yang diutamankan dalam rekaan saga baru ini ,oleh itu adalah tidak mengejutkan apabila ruang dalamannya diperbesarkan 160mm manakala ketinggian ditambah 190mm berbanding terawalnya.selain itu ,ruang bonet dalam segmen yang sama.
Enjin saga baru ini merupakan enjin 1332cc CAMPRO yang baru dengan aci secondol berkembar (DOHC) DAN sistem suntikan pelbagai titik yang digabungkan dengan sistem Intake Air-Fuel Modul (IAFM) yang akan memebantu enjin injin ‘bernafas’ dengan lebih lancer pada semua tahap kelajuan seterusnya penggunaan minyak yang efisien dan miningkatkan prestasi.Enjin ini dikatakan mampu menghasilkan tork sebanyak 113.2rpm @ 3500rpm dengan kuasa maksimum 72kw @ 6500rpm,menjadikan enjin yang palaing berkuasa dalam kelasnya.
Saga seba baru ini boleh didapati dengan tujuh pilihan warna dengan harga atas jalan dari RM31,50 hingga RM39,998.