Search This Blog

Tuesday, August 5, 2008



Selepas terjual unit 22 tahun yang lalu
proton meneruskan legasi mereka dengan memperkenalkan saga serba baru, yang mana rekaan keseluruhannya lebih menjurus kepada pendekatan yang lebih ringkas .saga serba baru yang diperkenalkan baru-baru ini di pasaran negara lebih menumpukan kepada lebih kepada fungsian ,praktikal dan keselesaaan selain dari rekabentuk yang menfokuskan ruang yang luas.
Dengan rekaan menarik saga baru ini muncul dengan gril dengan lubang hexagon,bentuk lampu utama yang dinamik ,gugusan lampu belakang kristal ,bentuk yang lebih sasa,ruang roda yang lebih luas serta bumper depan dan belakang yang direka kemas.
Seperti yang telah dinyatakn ,rekaan yang lebih luas adalah ciri yang diutamankan dalam rekaan saga baru ini ,oleh itu adalah tidak mengejutkan apabila ruang dalamannya diperbesarkan 160mm manakala ketinggian ditambah 190mm berbanding terawalnya.selain itu ,ruang bonet dalam segmen yang sama.
Enjin saga baru ini merupakan enjin 1332cc CAMPRO yang baru dengan aci secondol berkembar (DOHC) DAN sistem suntikan pelbagai titik yang digabungkan dengan sistem Intake Air-Fuel Modul (IAFM) yang akan memebantu enjin injin ‘bernafas’ dengan lebih lancer pada semua tahap kelajuan seterusnya penggunaan minyak yang efisien dan miningkatkan prestasi.Enjin ini dikatakan mampu menghasilkan tork sebanyak 113.2rpm @ 3500rpm dengan kuasa maksimum 72kw @ 6500rpm,menjadikan enjin yang palaing berkuasa dalam kelasnya.
Saga seba baru ini boleh didapati dengan tujuh pilihan warna dengan harga atas jalan dari RM31,50 hingga RM39,998.

No comments: