Search This Blog

Wednesday, August 20, 2008

MENGAPA YA?


Jika difikirkan,kebanyakan kereta bukanlah direka untuk melalui lubang-lubang besar dan pelbagai `rintangan`lain melainkan jika ianya sebuah kenderaan besar atau dari keluarga 4x4.keadaan jalanraya yang tidak menepati spesifikasi bukan sahaja membahayakan malah ianya juga memberikan kesan negatif pada kompenen kereta seperti suspensi malah juga tayar dan rim.tak hairanlah jika ramai juga yang kedengaran masih kesal dengan sikap pihak yang bertanggungjawab yang mengambil remeh akan perkara-perkara yang membabitkan nyawa para pengguna jalanraya yang membayar jalan ini.

Jika dilihat,kemalangan bukan semata-mata kerana pemandu yang memandu laju atau cuai walaupun ianya dilihat sebagai penyumbang dalam hal ini kerana ianya menggabungkan bebrapa faktor penyumbang lain dan antaranya membabitkan struktur pembinaan dan penyelenggaraan jalanraya itu sendiri.Bayangkan,pada kelajuan 110km/j,anda sebenarnya bergerak sekitar 30meter dalam masa sesaat dan bagi pemandu yang kurang berpengalaman,sebarang perubahan mendadak pada laluan yang dilalui boleh mengundang bencana.Keadaan permukaan jalan yang tidak rata juga membahayakan terutama sekali di waktu hujan kerana ianya bakal dipenuhi lopak air.Sebagai sesebuah negara yang berdepan dengan musim hujan pada kebanyakan masa maka faktor ini sememangnya patut diambil kira .kemudian ada juga faktor lain seperti

kerosakkan mekanikal yang dalam kebanyakan hal boleh dielakkan.itu belum lagi diperkatakan tentang struktur geografi,jenis tanah,tahap penglihatan dan sebagainya.

Lazimnya kedengaran pemandu yang terbabit dalam kemalangan meletakkan kesalahan ke atas sistem brek yang tidak berfungsi sepenuhnya.Namun keadaan ini boleh berubah sekiranya pemeriksaan kerap dilakukan dan penggunaan kompenen dan alat ganti adalah dari yang berkualiti.selain daripada itu ,pemahaman akan berfungsi dan keberkesanan pemberhentian mendadak juga dapat membantu kerana ianya di ketahui keberkesanan pemberhentian adalah berbeza-beza bergantung kepada permukaan jalanraya,keadaan tayar,kelajuan dan juga berat kenderaan itu sendiri.Sebuah kereta mungkin hanya memerlukan sekitar 30 meter untuk berhenti namun jarak ini mungkin berganda bagi kenderaan berat pada kelajuan yang sama.

Setelah memperkatakan semua ini boleh dirumuskan bahawa kemalangan adalah gabungan beberapa faktor dorongan dan cara yang paling baik adalah untuk mengurangkan faktor-faktor negatif yang melengkapkan sesuatu kemalangan .Dari pihak pemandu,pengalaman dan persediaan nyata membantu.Marilah kita bersama-sama menjadi pengguna jalanraya yang berpengetahuan.

No comments: