Search This Blog

Wednesday, September 3, 2008

MENETAPKAN MATLAMAT??




Semua orang ingin mencapai kejayaan .Tetapi mengapakah hanya segelintir yang mencapainya? Salah satu puncanya adalah ketiadaan matlamat yang jelas.Matlamat yang jelas .Matlamat yang jelas bagaikan sebuah peta ,Ia membantu kita sampai ke sesuatu destinasi.Bagaimana caranya?
Tentukan dulu apa yang hendak saudara capai.Matlamat saudara seharusnya spesifik dan tidak terlalu umum.
Saudara mesti menetapkan matlamat yang saudara percaya ia mampu dicapai.ini adalah amat penting kerana apabila saudara sendiri tidak percaya iainya tidak dicapai,saudara tidak akan mengambil langkah yanhg sepatutnya bagi merealisasikan matlamat saudara itu.
Saudara harus mengenal pasti kedudukan saudara pada hari ini.Ini penting kerana apabila saudara tidak mengenal pasti kedudukan saudara pada hari ini,saudara tidak tahu jurang yang wujud antara reality hari ini dengan impian masa depan saudara.Dengan mengetahui jurang yang wujud ,pencapaian matlamat dapat dilakukan dengan lebih teratur.
Kenal pasti ilmu yang perlu didalami.Adalah saudara perlu mendalami bidang tertentu bagi mencapai matlamat itui?Dengan menjawab soalan ini,saudara dapat mengenal pasti perkara yang perlu dipelajari supaya matlamat saudara dapat dicapai dengan lebih mudah.
Walaupun peribahan positif adlah sesuatu yang baik ,ia tidak bermakna saudara harus terburu-buru dalam melaksanakan perubahan itu,Perubahan harus dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan .ini memastikan perubahan positif itu lebih berkekalan
Dan akhir sekali kite perlu bersyukur bagi menjadi seorang yang lebih berkesan ,saudara harus bersyukur dengan segala rezeki ,bakat dan kebolehan yang Tuhan kurniakan kepada saudara.Gunakan segala kurniaan Tuhan itu dengan baik supaya saudara dapat mencapai kejayaan dengan lebih berkesan.

No comments: