Search This Blog

Thursday, September 18, 2008

ELAK KECURIAN KERETA DAN MOTOSIKAL





Hari ini kita dapat lihat bahawa banyak kegiatan kecurian di negara kita yang terdiri daripada motosikal dan kereta.Mereka sekarang sangat pandai dan mempunyai pelbagai cara dalam menjalankan aktiviti kecurian.oleh itu kita perlu la berhati-hati supaya tidak tergolong menjadi mangsa kecurian.Pencuri sekarang banyak cara untuk membuka kunci dengan adanya peralatan untuk seperti “master key” dan juga pelbagai untuk membukanya.oleh itu disini saya memberikan tips untuk mengelakkan daripada kecurian barangan yang berharga seperti ini.
Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan kenderaan berkunci dengan sempurna.bagi kenderaan motor pula mestilah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci lock bahagian leher motor walaupun sekejap kerana kita tidak tahu bahawa ada orang yang meneliti kita.jadi kita harus berjaga-jaga dalam situasi yang tidak dijangkakan.Bagi kereta pula mestilah lock bahagian stering kereta agar selamat dan tidak perlu risau akan keselamatan kereta.seterusnya pastikan kunci tidak tertinggal didalam kereta kerana ada dikalangan masyarakat pada hari yang cuai dengan meninggalkan kunci didalam kereta.

No comments: