Seperti yang telah diterangkan pada keluaran yang lalu, besar tidak semestinya bagus apabila memperkatakan tentang kerja-kerja porting pada bahagian kepala silinder yang mana ramai antara kita yang melakukan kerja-kerja porting tidak benar-benar tahu tentang apa yang mereka lakukan dan terdapat kes dimana hasil yang diperolehi mengecewakan dan hampir merosakkan bahagian kepala silinder tersebut.Diharapkan,siri perbincangan akhir bersama sedikit tips untuk kerja-kerja `porting kepala silinder` ini akan memberikan sedikit panduan bagi mereka yang ingin melakukan kerja-kerja porting pada bahagian kepala silinder ini.
Ambil masa
Kerja –kerja porting ini memerlukan masa dan pemotongan aluminium adalah lebih pantas dari besi .Dengan peralatan yang betul ,jangka masa dianggarkan sekitar 8-12 jam dalam proses tersebut .Bagi mengelakkan pembaziran masa ,pastikan terlebih dahulu bahagian kepala silinder tiada sebarang retakan
Bentukkannya,bukan kilatkan
Bahagian kepala silinder yang telah menjalani kerja-kerja porting lazim akan kelihatan berkilat,namun harus difahami bahawa hasil yang sebegini hanya untuk mereka yang kurang tahu mengenai kerja-kerja tersebut.faktor sebenar adalah bentuk yang akan meningkatkan kuasakuda bukannya betapa berkilatnya ia.
Gunakan peralatan yang betul
Pastikan peralatan yang digunakan betul sebelum memulakan kerja-kerja porting .Oleh itu individu yang bertanggungjawab melakukan mestilah mempunyai peralatan lengkap dan peralatan yang betul
Lakukan dengan bersih
Pastikan pengawal mesin menggunakan tempat yang tertutup dan persekitaran yang bersih
Uji hasil kerja
Setakt ini kerja-kerja porting hampir 100peratus digambarkan sebagai tingkahlaku kerja,jadi alat flow bench tidak diperlukan untuk melihat keputusannya,hanya sekadar untuk menjumlahkannya.seandainaya tujuan utamanya untuk mengoptimakan kadar aliran udara,situasinya dan kaedahnya pengukuran aliran menjadi penting
Kemampatan
Meningkatkan kadar kemampatan sekaligus meningkatkan kadar tork menerusi kadar rev.Pada kelajuan rendah ia tidak banyak berubah namun pada tahap rpm tinggi ia seperti menggunakan aci secondol perlumbaan
No comments:
Post a Comment