Search This Blog

Thursday, September 11, 2008

perangi denggi

DEMAM denggi dan demam denggi berdarah (DHF) adalah dua penyakit yang boleh membawa maut serta mengugat kesejahteraan penduduk di kawasan tropika.
Ancaman penyakit ini dikesan pada awal abad ke-20 dan kini terus menjadi kebimbangan negara-negara tropika yang dilanda arus pembandaran, khususnya negara-negara sedang membangun.
Di Malaysia sahaja, 29,196 kes denggi dicatatkan dengan 76 kematian setakat bulan September 2006. Angka terbaru setakat 15 Julai 2007, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, mencecah 18,484 kes yang disyaki denggi. Lebih membimbangkan, kenaikan jumlah kes yang dilaporkan akan terus melonjak sekiranya penduduk Malaysia tidak mengambil tindakan yang berkesan dengan serta-merta.
Tetapi malangnya, orang ramai masih tidak menghiraukan ancaman ini meskipun sektor awam, yang diterajui oleh kerajaan pusat dan pihak berkuasa negeri, telah melaburkan banyak wang ringgit dan mencurahkan masa dan tenaga untuk memerangi denggi. Kebanyakan orang masih terus beranggapan “wabak denggi masalah jiran saya, bukan masalah saya.”
Menurut kenyataan Majlis Perbandaran Petaling Jaya, pada tahun 2005, sejumlah RM180 juta dibelanjakan untuk kerja-kerja pembersihan termasuk kegiatan penyemburan dan pendidikan. Di samping itu, syarikat-syarikat swasta juga terus memberikan sokongan padu kepada kempen anti denggi.
Oleh yang demikian, sikap endah tak endah orang ramai memang sukar diterima.
Rakyat Malaysia mesti menyedari bahawa untuk membasmi wabak denggi, kita tidak boleh berpeluk tubuh. Kita perlu bertindak segera dan memainkan peranan yang aktif untuk membantu mencegahnya.
Salah satu daripada cara paling proaktif yang boleh lakukan dalam usaha mencegah denggi di rumah kita dan kawasan sekitar ialah dengan membersihkan tempat-tempat yang boleh menjadi sarang pembiakan nyamuk. Ini mudah dilakukan dengan membuang barang-barang yang boleh menakung air, terutama sekali tayar lama, botol dan tin minuman. Longkang-longkang dan alur-alur hendaklah dibersihkan selalu untuk mengelakkan takungan air hujan.
Di samping itu, penukaran air mandian burung dan air minuman untuk binatang peliharaan kesayangan secara kerap dan pembuangan takungan air dalam piring pengalas pasu bunga di luar rumah boleh membantu mencegah pembiakan nyamuk. Jika air perlu disimpan selama lebih daripada 4 hari, gunakan ikan yang memakan larva untuk menghapuskan jejentik. Elakkan rumah anda daripada menjadi tempat yang selesa untuk nyamuk Aedes dengan menyembur racun serangga setiap minggu dan melindungi keluarga anda daripada gigitan nyamuk dengan penghalau nyamuk.mastikan rumah kita dan keluarga kita bebas daripada nyamuk Aedes dan ancaman denggi. Penyakit ini

No comments: