Search This Blog

Wednesday, September 24, 2008

TIPS PENJAGAAN KERETA



Tip penjagaan kereta pada kali ini ialah...bagaimana hendak membuatkan keseluruhan kereta anda seolah-olah kalis air dengan cara mudah...(maksud saya bukan kalis banjir...tapi kalis air hujan je).
Biasanya, kenderaan yang kalis air (air tak lekat pada body)ialah kenderaan yang baru sahaja dihantar poslish kat kedai. Tapi buat sakit hati je kalau lepas polish dua tiga hari...kesan kalis air sudah mula kurang dan akhirnya kenderaan menjadi comot. Kos untuk polish pula bukannya murah...malah berpuluh-puluh ringgit.

Di sini saya nak berkongsi tip tentang cara mudah untuk menghasilkan body kereta yang kalis air.
Rahsia saya ialah.....bilas dengan PELEMBUT PAKAIAN. Cara-caranya ialah:

1. Cuci kereta anda sebersih-bersihnya.
2. Bilas dengan air biasa dahulu.
3. Sediakan separuh baldi air dan semua boleh.
5. Biarkan larutan itu seketika pada badan kereta anda. Pada masa ini anda akan dapat melihat kesan serta merta larutan itu terhadap bancuhkan dengan sepenutup penuh pelembut pakaiaan.
4. Larutan tadi anda boleh lap dengan kain atau disemburkan dengan pam pemyembur pada seluruh body kereta anda. (getah/cermin air yang melekat pada body kereta). Air yang melekat akan serta-merta menjadi bintik-bintik dan akhirnya mengalir turun.(kenapa?..tak percaya ka?)
6. Jangan tunggu kering baru lap....tetapi lap dengan kain lembab dengan larutan tadi sehingga kering.
Dengan cara ini...anda seolah olah telah mempolish kereta anda. Anda boleh ulang berkali-kali proses (4)~(6) pada bila-bila masa (kalau kereta tak kotor sangat). Larutan itu juga anda boleh masukkan ke dalam tangki pengelap cermin supaya cermin anda seperti mencurah air di daun keladi. Kebaikan guna larutan ini ialah ia tidak mengaratkan logam (baik untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) malah menghalang pengaratan kerana benda ini selamat pada mesen basuh anda.

Semua PELEMBUT PAKAIAN adalah sesuai..tak kiralah apa brand pun.
Selamat mencuba.

Thursday, September 18, 2008

ELAK KECURIAN KERETA DAN MOTOSIKAL





Hari ini kita dapat lihat bahawa banyak kegiatan kecurian di negara kita yang terdiri daripada motosikal dan kereta.Mereka sekarang sangat pandai dan mempunyai pelbagai cara dalam menjalankan aktiviti kecurian.oleh itu kita perlu la berhati-hati supaya tidak tergolong menjadi mangsa kecurian.Pencuri sekarang banyak cara untuk membuka kunci dengan adanya peralatan untuk seperti “master key” dan juga pelbagai untuk membukanya.oleh itu disini saya memberikan tips untuk mengelakkan daripada kecurian barangan yang berharga seperti ini.
Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan kenderaan berkunci dengan sempurna.bagi kenderaan motor pula mestilah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci lock bahagian leher motor walaupun sekejap kerana kita tidak tahu bahawa ada orang yang meneliti kita.jadi kita harus berjaga-jaga dalam situasi yang tidak dijangkakan.Bagi kereta pula mestilah lock bahagian stering kereta agar selamat dan tidak perlu risau akan keselamatan kereta.seterusnya pastikan kunci tidak tertinggal didalam kereta kerana ada dikalangan masyarakat pada hari yang cuai dengan meninggalkan kunci didalam kereta.

Thursday, September 11, 2008

perangi denggi

DEMAM denggi dan demam denggi berdarah (DHF) adalah dua penyakit yang boleh membawa maut serta mengugat kesejahteraan penduduk di kawasan tropika.
Ancaman penyakit ini dikesan pada awal abad ke-20 dan kini terus menjadi kebimbangan negara-negara tropika yang dilanda arus pembandaran, khususnya negara-negara sedang membangun.
Di Malaysia sahaja, 29,196 kes denggi dicatatkan dengan 76 kematian setakat bulan September 2006. Angka terbaru setakat 15 Julai 2007, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, mencecah 18,484 kes yang disyaki denggi. Lebih membimbangkan, kenaikan jumlah kes yang dilaporkan akan terus melonjak sekiranya penduduk Malaysia tidak mengambil tindakan yang berkesan dengan serta-merta.
Tetapi malangnya, orang ramai masih tidak menghiraukan ancaman ini meskipun sektor awam, yang diterajui oleh kerajaan pusat dan pihak berkuasa negeri, telah melaburkan banyak wang ringgit dan mencurahkan masa dan tenaga untuk memerangi denggi. Kebanyakan orang masih terus beranggapan “wabak denggi masalah jiran saya, bukan masalah saya.”
Menurut kenyataan Majlis Perbandaran Petaling Jaya, pada tahun 2005, sejumlah RM180 juta dibelanjakan untuk kerja-kerja pembersihan termasuk kegiatan penyemburan dan pendidikan. Di samping itu, syarikat-syarikat swasta juga terus memberikan sokongan padu kepada kempen anti denggi.
Oleh yang demikian, sikap endah tak endah orang ramai memang sukar diterima.
Rakyat Malaysia mesti menyedari bahawa untuk membasmi wabak denggi, kita tidak boleh berpeluk tubuh. Kita perlu bertindak segera dan memainkan peranan yang aktif untuk membantu mencegahnya.
Salah satu daripada cara paling proaktif yang boleh lakukan dalam usaha mencegah denggi di rumah kita dan kawasan sekitar ialah dengan membersihkan tempat-tempat yang boleh menjadi sarang pembiakan nyamuk. Ini mudah dilakukan dengan membuang barang-barang yang boleh menakung air, terutama sekali tayar lama, botol dan tin minuman. Longkang-longkang dan alur-alur hendaklah dibersihkan selalu untuk mengelakkan takungan air hujan.
Di samping itu, penukaran air mandian burung dan air minuman untuk binatang peliharaan kesayangan secara kerap dan pembuangan takungan air dalam piring pengalas pasu bunga di luar rumah boleh membantu mencegah pembiakan nyamuk. Jika air perlu disimpan selama lebih daripada 4 hari, gunakan ikan yang memakan larva untuk menghapuskan jejentik. Elakkan rumah anda daripada menjadi tempat yang selesa untuk nyamuk Aedes dengan menyembur racun serangga setiap minggu dan melindungi keluarga anda daripada gigitan nyamuk dengan penghalau nyamuk.mastikan rumah kita dan keluarga kita bebas daripada nyamuk Aedes dan ancaman denggi. Penyakit ini

Wednesday, September 3, 2008

PENJAGAAN SILINDER

Seperti yang telah diterangkan pada keluaran yang lalu, besar tidak semestinya bagus apabila memperkatakan tentang kerja-kerja porting pada bahagian kepala silinder yang mana ramai antara kita yang melakukan kerja-kerja porting tidak benar-benar tahu tentang apa yang mereka lakukan dan terdapat kes dimana hasil yang diperolehi mengecewakan dan hampir merosakkan bahagian kepala silinder tersebut.Diharapkan,siri perbincangan akhir bersama sedikit tips untuk kerja-kerja `porting kepala silinder` ini akan memberikan sedikit panduan bagi mereka yang ingin melakukan kerja-kerja porting pada bahagian kepala silinder ini.

Ambil masa
Kerja –kerja porting ini memerlukan masa dan pemotongan aluminium adalah lebih pantas dari besi .Dengan peralatan yang betul ,jangka masa dianggarkan sekitar 8-12 jam dalam proses tersebut .Bagi mengelakkan pembaziran masa ,pastikan terlebih dahulu bahagian kepala silinder tiada sebarang retakan

Bentukkannya,bukan kilatkan
Bahagian kepala silinder yang telah menjalani kerja-kerja porting lazim akan kelihatan berkilat,namun harus difahami bahawa hasil yang sebegini hanya untuk mereka yang kurang tahu mengenai kerja-kerja tersebut.faktor sebenar adalah bentuk yang akan meningkatkan kuasakuda bukannya betapa berkilatnya ia.
Gunakan peralatan yang betul
Pastikan peralatan yang digunakan betul sebelum memulakan kerja-kerja porting .Oleh itu individu yang bertanggungjawab melakukan mestilah mempunyai peralatan lengkap dan peralatan yang betul

Lakukan dengan bersih
Pastikan pengawal mesin menggunakan tempat yang tertutup dan persekitaran yang bersih

Uji hasil kerja
Setakt ini kerja-kerja porting hampir 100peratus digambarkan sebagai tingkahlaku kerja,jadi alat flow bench tidak diperlukan untuk melihat keputusannya,hanya sekadar untuk menjumlahkannya.seandainaya tujuan utamanya untuk mengoptimakan kadar aliran udara,situasinya dan kaedahnya pengukuran aliran menjadi penting

Kemampatan
Meningkatkan kadar kemampatan sekaligus meningkatkan kadar tork menerusi kadar rev.Pada kelajuan rendah ia tidak banyak berubah namun pada tahap rpm tinggi ia seperti menggunakan aci secondol perlumbaan
MENETAPKAN MATLAMAT??




Semua orang ingin mencapai kejayaan .Tetapi mengapakah hanya segelintir yang mencapainya? Salah satu puncanya adalah ketiadaan matlamat yang jelas.Matlamat yang jelas .Matlamat yang jelas bagaikan sebuah peta ,Ia membantu kita sampai ke sesuatu destinasi.Bagaimana caranya?
Tentukan dulu apa yang hendak saudara capai.Matlamat saudara seharusnya spesifik dan tidak terlalu umum.
Saudara mesti menetapkan matlamat yang saudara percaya ia mampu dicapai.ini adalah amat penting kerana apabila saudara sendiri tidak percaya iainya tidak dicapai,saudara tidak akan mengambil langkah yanhg sepatutnya bagi merealisasikan matlamat saudara itu.
Saudara harus mengenal pasti kedudukan saudara pada hari ini.Ini penting kerana apabila saudara tidak mengenal pasti kedudukan saudara pada hari ini,saudara tidak tahu jurang yang wujud antara reality hari ini dengan impian masa depan saudara.Dengan mengetahui jurang yang wujud ,pencapaian matlamat dapat dilakukan dengan lebih teratur.
Kenal pasti ilmu yang perlu didalami.Adalah saudara perlu mendalami bidang tertentu bagi mencapai matlamat itui?Dengan menjawab soalan ini,saudara dapat mengenal pasti perkara yang perlu dipelajari supaya matlamat saudara dapat dicapai dengan lebih mudah.
Walaupun peribahan positif adlah sesuatu yang baik ,ia tidak bermakna saudara harus terburu-buru dalam melaksanakan perubahan itu,Perubahan harus dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan .ini memastikan perubahan positif itu lebih berkekalan
Dan akhir sekali kite perlu bersyukur bagi menjadi seorang yang lebih berkesan ,saudara harus bersyukur dengan segala rezeki ,bakat dan kebolehan yang Tuhan kurniakan kepada saudara.Gunakan segala kurniaan Tuhan itu dengan baik supaya saudara dapat mencapai kejayaan dengan lebih berkesan.

Wednesday, August 20, 2008

MENGAPA YA?


Jika difikirkan,kebanyakan kereta bukanlah direka untuk melalui lubang-lubang besar dan pelbagai `rintangan`lain melainkan jika ianya sebuah kenderaan besar atau dari keluarga 4x4.keadaan jalanraya yang tidak menepati spesifikasi bukan sahaja membahayakan malah ianya juga memberikan kesan negatif pada kompenen kereta seperti suspensi malah juga tayar dan rim.tak hairanlah jika ramai juga yang kedengaran masih kesal dengan sikap pihak yang bertanggungjawab yang mengambil remeh akan perkara-perkara yang membabitkan nyawa para pengguna jalanraya yang membayar jalan ini.

Jika dilihat,kemalangan bukan semata-mata kerana pemandu yang memandu laju atau cuai walaupun ianya dilihat sebagai penyumbang dalam hal ini kerana ianya menggabungkan bebrapa faktor penyumbang lain dan antaranya membabitkan struktur pembinaan dan penyelenggaraan jalanraya itu sendiri.Bayangkan,pada kelajuan 110km/j,anda sebenarnya bergerak sekitar 30meter dalam masa sesaat dan bagi pemandu yang kurang berpengalaman,sebarang perubahan mendadak pada laluan yang dilalui boleh mengundang bencana.Keadaan permukaan jalan yang tidak rata juga membahayakan terutama sekali di waktu hujan kerana ianya bakal dipenuhi lopak air.Sebagai sesebuah negara yang berdepan dengan musim hujan pada kebanyakan masa maka faktor ini sememangnya patut diambil kira .kemudian ada juga faktor lain seperti

kerosakkan mekanikal yang dalam kebanyakan hal boleh dielakkan.itu belum lagi diperkatakan tentang struktur geografi,jenis tanah,tahap penglihatan dan sebagainya.

Lazimnya kedengaran pemandu yang terbabit dalam kemalangan meletakkan kesalahan ke atas sistem brek yang tidak berfungsi sepenuhnya.Namun keadaan ini boleh berubah sekiranya pemeriksaan kerap dilakukan dan penggunaan kompenen dan alat ganti adalah dari yang berkualiti.selain daripada itu ,pemahaman akan berfungsi dan keberkesanan pemberhentian mendadak juga dapat membantu kerana ianya di ketahui keberkesanan pemberhentian adalah berbeza-beza bergantung kepada permukaan jalanraya,keadaan tayar,kelajuan dan juga berat kenderaan itu sendiri.Sebuah kereta mungkin hanya memerlukan sekitar 30 meter untuk berhenti namun jarak ini mungkin berganda bagi kenderaan berat pada kelajuan yang sama.

Setelah memperkatakan semua ini boleh dirumuskan bahawa kemalangan adalah gabungan beberapa faktor dorongan dan cara yang paling baik adalah untuk mengurangkan faktor-faktor negatif yang melengkapkan sesuatu kemalangan .Dari pihak pemandu,pengalaman dan persediaan nyata membantu.Marilah kita bersama-sama menjadi pengguna jalanraya yang berpengetahuan.

Monday, August 18, 2008

Pendarjahan Jam

Ramai di kalangan anda yang pasti selalu mendengarkan kata-kata seperti “Timing adalah segalanya “.ianya memang benar apatah lagi apabila lagi berkaitan dengan penghasilan prestasi enjin.semuanya bergantung kepada perkiraan cam yang tepat tanpa mengambil kira sama ada enjin anda standard mahupun telah diiktiraf taraf.Penalaan perkiraan cam yang tidak sesuai atau tepat boleh ‘menghilangkan’kuasa kuda.

Bolehkah perkiraan cam berubah menjadi tidak sama sekata .walau pada kereta baru?jawapan nya adalah ya.ini berlaku kerana kompenen enjin dihasilkan dengan kemungkinan berlaku ketidak selarasan terutama sekali tatkala pemasangan .Walau ianya masih diterima dalam spesifikasi kejuruteraan namun setiap enjin mempunyai kemampuan penghasilan prestasi yang berbeza antara satu sama lain .oleh yang demikian ,anda mungkin memperoleh enjin yang lebih berkuasa atau sebaliknya .walaubagaimanapun sebab utama bagi pengkiraan cam yang tidak tepat adalah disebabkan oleh kerja-kerja baikpulih dan modifikasi yang dilakukan pada enjin sebagai contoh ,apabila bahagian kepala silinder melalui proses ‘overhaul’dimana kerja-kerja ‘skimming’ telah dilakukan ,pemasangan camshaft berprestasi tinggi atau menggunakan gasket dengan ketebalan berbeza.

Dengan adanya cam pulley boleh laras,kita kini boleh melakukan penalaan sempurna camshaft dengan lebih mudah dan berkesan.namun ianya masih memerlukan kemahiran .Oleh yang demekian ,ianya merupakan langkah bijak untu mendapatkan khidmat mereka yang mahir serta peralatan yang sesuai .melakukan sendiri tanpa bantuan operalatan betul adalah seperti ‘meneka dan kesilapan boleh mengakibatkan kerosakkan enjin.Perubahan pada kedudukan cam yang sedikit ‘pada pandangan mata kasar’sebenarnya mempunyai kesan besar hingga ke lima atau enam darjah .melakukan ‘retard atau advance ‘